Assalamualaikum wrt dan Salam Sejahtera,

Pihak PPBA2 & BA2 Ladies ingin memaklumkan bahawa sumbangan Covid19 BA2 ini telah pun berakhir pada 14 Apr 2020 dan tiada lagi lanjutan dibuat. Serahan kedua (2nd release) berupa wang tunai ini telah diberikan sepenuhnya kepada tujuh keluarga yang sama dimana mereka ini terjejas sumber pendapatannya sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula.

Mereka mengucapkan jutaan terima kasih tak terhingga kepada semua Penduduk BA2 ini dan terharu dengan sumbangan ikhlas yang diberikan. Dengan sumbangan ini sedikit sebanyak dapat menampung perbelanjaan harian dan perniagaan kecil2lan mereka.

Disini PPBA2 & BA2 Ladies ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada semua penduduk BA2 atas kerjasama padu dan keikhlasan membantu mereka yang memerlukan. Semoga amalan2 kita di terima dan diberkati oleh-Nya, urusan2 kita dipermudahkan oleh-Nya dan rezeki kita dilimpahkurniakan lagi oleh Nya serta dijauhkan kita dari wabak Covid-19 ini. Amin.

*PPBA2 & BA2 Ladies*

*#stayhome #strongertogether #dudukrumah*